? ??????????????The Very Last Time? ????? ?? ???Rating: 4.5 (6 Ratings)??36 Grabs Today. 5243 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Live, Love, Laugh? ????? ?? ???Rating: 4.6 (8 Ratings)??33 Grabs Today. 19843 Total Grabs. ??????Preview?? | ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 19, 2009

pentingnye sarapan pagi..

OTAK dan sistem saraf tunjang berfungsi dengan bantuan glukosa yang menjana tenaga untuk membolehkan seseorang menjalani aktiviti harian. Kandungan glukosa yang rendah dalam darah boleh membawa kepada pelbagai masalah fisiologi dan fizikal seperti pening, pitam, lesu, lenguh, sakit-sakit badan mudah marah dan perasaan bimbang.

Ini boleh menimbulkan masalah besar bukan sahaja kepada orang dewasa yang berkerja malah anak-anak yang masih bersekolah. Oleh kerana tidur menyebabkan kita tidak makan semalaman, tubuh memerlukan gantian bekalan glukosa dalam darah untuk membolehkan tugas harian dijalankan dengan berkesan.

Sehubungan itu, sarapan pagi adalah waktu makan yang paling utama dan tidak boleh diabaikan kerana kepentingannya umpama berbuka puasa.Ini kerana hidangan tersebut mempunyai kesan besar ke atas metabolisme tubuh serta menentukan keupayaan kita untuk menjana tenaga yang diperlukan untuk aktiviti pagi.

Bagaimanapun, kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nestle Malaysia ke atas 12,000 pelajar sekolah rendah di semenanjung Malaysia menunjukkan, kira-kira 30 peratus mereka tidak mengambil sarapan pagi.

Antara alasan utama ialah kesuntukan masa untuk bersarapan dan tidak mempunyai selera makan pada waktu pagi. Ketua Pakar Pemakanan di Institut Jantung Negara, Mary Easaw-John berkata, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mendapat bekalan tenaga yang secukupnya sebelum melangkah ke sekolah.
Malah, mereka juga harus menjadi contoh terbaik dalam usaha memupuk tabiat bersarapan yang sihat di kalangan anak-anak.

Sarapan pagi adalah sebahagian daripada jadual harian kerana ia menyediakan 25 peratus daripada jumlah kalori harian atau tenaga yang penting untuk memulakan hari anda. Sebagai insan yang lazimnya menguruskan perihal kesihatan keluarga, ibu-ibu khususnya perlu memastikan bahawa ahli keluarga terutama anak-anak yang bersekolah bersarapan pagi,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada bengkel pemakanan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Bagi menggalakkan anak-anak bersarapan serta mengelakkan ia dianggap sebagai bebanan, katanya, cara terbaik ialah dengan menyediakan makanan kegemaran mereka. Dalam masa yang sama, ibu bapa juga perlu turut berada di meja makan untuk menemani di samping sebagai contoh terdekat kepada anak-anak.

Sebagai galakan, sebaik-baiknya temani anak-anak dengan bersarapan bersama mereka pada setiap awal pagi sebelum bertolak ke tempat kerja. Ia satu contoh yang baik untuk memulakan aktiviti harian dengan memastikan setiap ahli keluarga mendapat makanan yang sihat dan berkhasiat,'' jelas beliau.

Menyentuh tentang gaya hidup masa kini, beliau berpendapat bahawa kesuntukan masa terutama pada waktu pagi tidak boleh dijadikan alasan untuk kaum ibu mengabaikan sarapan. Ini kerana ia tidak semestinya disediakan secara tradisional atau terlalu moden bagi memenuhi khasiat makanan yang diperlukan. Malah, dengan pelbagai pilihan sarapan pagi yang sedia untuk dimakan, ia bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga baik untuk kesihatan.

Bagi mereka yang merasakan bahawa sarapan tradisional seperti nasi lemak atau mee goreng terlalu berat, Mary mencadangkan sarapan ringan yang mampu mengembalikan simpanan glukos dalam badan seperti bijirin, susu, pati soya atau yogurt.

Begitu juga dengan mereka yang kesuntukan masa tetapi ingin mengambil kombinasi makanan berkhasiat yang terbaik untuk keluarga. Sarapan pagi ini boleh disediakan dengan mudah kerana ia cuma mengambil masa antara 10 hingga 15 minit sahaja untuk dimakan.

Bijirin sarapan pagi dengan susu adalah paling ringkas dan serba lengkap untuk mereka yang kesuntukan masa pada waktu pagi kerana ia membekalkan lebih banyak vitamin, mineral dan serat. Ibu-ibu juga boleh mencampurkan buah-buahan untuk menghasilkan sajian sarapan enak yang mengandungi khasiat protein dan karbohidrat.

Pilihan sarapan yang ringan seperti ini juga boleh dibungkus untuk dimakan apabila sampai ke sekolah atau pejabat jika anda tidak berkesempatan bersarapan pagi di rumah,'' katanya lagi. Selain bijirin dan susu, antara makanan yang ringkas dan berkhasiat yang sesuai untuk sarapan pagi ialah roti dengan telur hancur, roti dengan tomato dan ayam, roti dengan jam, marjerin atau keju, tosai dengan kari dal, bubur ayam dan lain-lain lagi.

0 comments: