? ??????????????The Very Last Time? ????? ?? ???Rating: 4.5 (6 Ratings)??36 Grabs Today. 5243 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Live, Love, Laugh? ????? ?? ???Rating: 4.6 (8 Ratings)??33 Grabs Today. 19843 Total Grabs. ??????Preview?? | ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, October 13, 2009

Menangani Stress..

Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara
persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan
mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan
tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan
fizikal.

Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak
baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa
adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan
ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi
seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan
metodologi yang tepat.
Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal
tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa
bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan
salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah
disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.

Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja
melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula masalah rumahtangga
seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan
sebagainya.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani
tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan
syariat Islam.

Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan
kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan
ketentuan Allah SWT.


Terdapat beberapa cara untuk menangani stress.

1. Tenangkan diri dengan tarik nafas dalam-dalam, dan bayangkan udara memenuhi paru-paru kita secara berperingkat-peringkat.
Cuba anda bayangkan anda sedang berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Apa yang anda rasa, tentu anda merasa stres dan gemuruh bukan. Degupan jantung anda pula berdegup dengan kencangnya dan nafas anda pula pendek. Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan lah teknik pernafasan untuk mengurangkan perasaan stres anda. Gambarkan paru-paru anda di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian bawah, pertengahan dan atas. Tutup mata dan bayangkan anda mengisi bahagian bawah paru-paru anda, bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula di isi. Kemudian bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda pula di isi dengan udara. Sekarang agak-agaknya apa yang berlaku kepada anda di atas pentas. Anda tentunya akan merasa lebih tenang kerana bila udara memenuhi ruang pernafasan anda, jantung akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana mendapat udara yang cukup.

2. Membuat perancangan bagi setiap tugasan kita. Dahulukan mana yang utama.

3. Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja. Kaji solat kita. Sebab solat berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari.
Satu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. Kalau tak berjaya, bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya sebenarnya dalam solat juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya. Itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Ingatlah “Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang. Fikir-fikirlah.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

0 comments: