? ??????????????The Very Last Time? ????? ?? ???Rating: 4.5 (6 Ratings)??36 Grabs Today. 5243 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Live, Love, Laugh? ????? ?? ???Rating: 4.6 (8 Ratings)??33 Grabs Today. 19843 Total Grabs. ??????Preview?? | ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 19, 2009

pentingnye sarapan pagi..

OTAK dan sistem saraf tunjang berfungsi dengan bantuan glukosa yang menjana tenaga untuk membolehkan seseorang menjalani aktiviti harian. Kandungan glukosa yang rendah dalam darah boleh membawa kepada pelbagai masalah fisiologi dan fizikal seperti pening, pitam, lesu, lenguh, sakit-sakit badan mudah marah dan perasaan bimbang.

Ini boleh menimbulkan masalah besar bukan sahaja kepada orang dewasa yang berkerja malah anak-anak yang masih bersekolah. Oleh kerana tidur menyebabkan kita tidak makan semalaman, tubuh memerlukan gantian bekalan glukosa dalam darah untuk membolehkan tugas harian dijalankan dengan berkesan.

Sehubungan itu, sarapan pagi adalah waktu makan yang paling utama dan tidak boleh diabaikan kerana kepentingannya umpama berbuka puasa.Ini kerana hidangan tersebut mempunyai kesan besar ke atas metabolisme tubuh serta menentukan keupayaan kita untuk menjana tenaga yang diperlukan untuk aktiviti pagi.

Bagaimanapun, kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Nestle Malaysia ke atas 12,000 pelajar sekolah rendah di semenanjung Malaysia menunjukkan, kira-kira 30 peratus mereka tidak mengambil sarapan pagi.

Antara alasan utama ialah kesuntukan masa untuk bersarapan dan tidak mempunyai selera makan pada waktu pagi. Ketua Pakar Pemakanan di Institut Jantung Negara, Mary Easaw-John berkata, ibu bapa memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mendapat bekalan tenaga yang secukupnya sebelum melangkah ke sekolah.
Malah, mereka juga harus menjadi contoh terbaik dalam usaha memupuk tabiat bersarapan yang sihat di kalangan anak-anak.

Sarapan pagi adalah sebahagian daripada jadual harian kerana ia menyediakan 25 peratus daripada jumlah kalori harian atau tenaga yang penting untuk memulakan hari anda. Sebagai insan yang lazimnya menguruskan perihal kesihatan keluarga, ibu-ibu khususnya perlu memastikan bahawa ahli keluarga terutama anak-anak yang bersekolah bersarapan pagi,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah pada bengkel pemakanan di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Bagi menggalakkan anak-anak bersarapan serta mengelakkan ia dianggap sebagai bebanan, katanya, cara terbaik ialah dengan menyediakan makanan kegemaran mereka. Dalam masa yang sama, ibu bapa juga perlu turut berada di meja makan untuk menemani di samping sebagai contoh terdekat kepada anak-anak.

Sebagai galakan, sebaik-baiknya temani anak-anak dengan bersarapan bersama mereka pada setiap awal pagi sebelum bertolak ke tempat kerja. Ia satu contoh yang baik untuk memulakan aktiviti harian dengan memastikan setiap ahli keluarga mendapat makanan yang sihat dan berkhasiat,'' jelas beliau.

Menyentuh tentang gaya hidup masa kini, beliau berpendapat bahawa kesuntukan masa terutama pada waktu pagi tidak boleh dijadikan alasan untuk kaum ibu mengabaikan sarapan. Ini kerana ia tidak semestinya disediakan secara tradisional atau terlalu moden bagi memenuhi khasiat makanan yang diperlukan. Malah, dengan pelbagai pilihan sarapan pagi yang sedia untuk dimakan, ia bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga baik untuk kesihatan.

Bagi mereka yang merasakan bahawa sarapan tradisional seperti nasi lemak atau mee goreng terlalu berat, Mary mencadangkan sarapan ringan yang mampu mengembalikan simpanan glukos dalam badan seperti bijirin, susu, pati soya atau yogurt.

Begitu juga dengan mereka yang kesuntukan masa tetapi ingin mengambil kombinasi makanan berkhasiat yang terbaik untuk keluarga. Sarapan pagi ini boleh disediakan dengan mudah kerana ia cuma mengambil masa antara 10 hingga 15 minit sahaja untuk dimakan.

Bijirin sarapan pagi dengan susu adalah paling ringkas dan serba lengkap untuk mereka yang kesuntukan masa pada waktu pagi kerana ia membekalkan lebih banyak vitamin, mineral dan serat. Ibu-ibu juga boleh mencampurkan buah-buahan untuk menghasilkan sajian sarapan enak yang mengandungi khasiat protein dan karbohidrat.

Pilihan sarapan yang ringan seperti ini juga boleh dibungkus untuk dimakan apabila sampai ke sekolah atau pejabat jika anda tidak berkesempatan bersarapan pagi di rumah,'' katanya lagi. Selain bijirin dan susu, antara makanan yang ringkas dan berkhasiat yang sesuai untuk sarapan pagi ialah roti dengan telur hancur, roti dengan tomato dan ayam, roti dengan jam, marjerin atau keju, tosai dengan kari dal, bubur ayam dan lain-lain lagi.

Wednesday, October 14, 2009

Langkah-langkah Menangani Kemarahan Dengan Baik

SALAH SATU CARA UNTUK MENGURANGKAN STRES ADALAH DENGAN MENANGANI KEMARAHAN SECARA BERKESAN. Langkah-langkahnye adalah:


1) Kenalpasti perasaan marah – Langkah pertama adalah dengan mengenalpasti perasaan marah anda.

2) Bertenang (kira hingga 10, tarik nafas panjang, mengucap).

3) Berfikir dahulu sebelum bercakap dengan orang yang anda marah.

4) Saya perlu bertenang

5) Nyatakan dan kenal pasti punca kemarahan anda.

6) Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain.

7) Fokuskan kepada isu sebenar dan jangan mengungkit perbalahan lalu

8) Bertegas diri (Asertif) dengan zahirkan kemarahan secara positif.

9) Jelaskan kepada individu berkenaan tanpa menyalahkan mereka.

10)Gunakan perkataan “Saya” berbanding “Awak”untuk menggalakkan perbincangan.

11) Cuba bertenang dan kawal suara.

12) Mendengar.

13) Memaafkan orang lain.

Tuesday, October 13, 2009

Tip Mengingat

Semasa mengulangkaji, dapatkan tip daripada guru anda mengenai topik-topik mana yang dirasakan penting untuk diberi penekanan.

i. Petua mengingati fakta-fakta yang sukar ialah sama ada dengan membentuk akronim bagi pangkal huruf fakta ataupun mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang mempunyai kaitan dalam hidup anda.

ii. Membentuk rajah dan diagram mudah terutamanya bagi mengingati fakta-fakta yang memerlukan urutan.

iii. Berlagak seperti guru. Anda boleh mencuba petua ini iaitu dengan cara menjelaskan sesuatu konsep secara verbal dan bukan bergantung kepada bahan atau buku-buku ulang kaji. Dengan berbuat begini, anda boleh membayangkan sesuatu konsep secara lebih jelas.

2. Banyakkan latihan

Lakukan lebih banyak latihan daripada bank-bank soalan. Anda boleh melayari Portal Pendidikan Utusan untuk melihat kembali bank-bank soalan bagi membiasakan diri anda dengan bentuk-bentuk soalan sesuatu topik.

Satu lagi yang boleh anda lakukan ialah dengan melihat kembali soalan-soalan kuiz yang pernah dikemukakan oleh guru-guru anda di dalam kelas. Anda perlu ingat, ada juga antara guru anda adalah penggubal soalan-soalan peperiksaan. Beliau kemungkinan memberikan soalan-soalan kuiz yang menyerupai soalan-soalan peperiksaan akhir.

3. Ulang kaji berkumpulan

Mengulangkaji secara berkumpulan memang baik antara langkah terbaik untuk seseorang menguasai dan memahami sesuatu subjek. Tetapi, anda perlu pastikan kumpulan belajar anda tidak terlalu ramai kerana jika terlalu ramai, anda akan hilang tumpuan. Ada kalanya anda lebih banyak berbual-bual kosong daripada belajar.

Gunakan rakan-rakan dalam kumpulan belajar ini untuk bertukar-tukar koleksi-koleksi kertas-kertas soalan.

4. Urus masa ulang kaji

Satu lagi perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh semua pelajar ialah cara bagaimana kita menguruskan masa ulang kaji.

Bagaimanapun, yang penting anda perlu membuat ulang kaji setiap hari. Bila waktunya, bergantung kepada kesesuaian anda. Bagaimanapun, semasa ulang kaji ini, seboleh-bolehnya, elakkan daripada gangguan-gangguan sampingan seperti televisyen dan radio. Ia akan menganggu tumpuan anda.

Mengurus Masa Dengan Betul

Sebagai seorang pelajar, masa merupakan salah satu faktor terpenting yang perlu diambil perhatian sewajarnya. Dengan adanya masa akan membolehkan seseorang pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran mereka dan aktiviti yang berfaedah yang boleh menjamin kearah kebahagiaan masa depan mereka. Sehubungan dengan itu, masa merupakan satu modal atau saham yang sangat berharga kepada seseorang pelajar. Oleh yang demikian, pelajar yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa yang mereka punyai.

Teknik menguruskan masa belajar.

Di antara cara yang boleh dilakukan bagi menguruskan masa dengan cara yang baik, berkesan dan sempurna ialah dengan membuat jadual waktu. Jadual waktu ini bukanlah jadual waktu mingguan yang tetap seperti yang disediakan dan boleh dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini. Ia merupakan satu senarai aktiviti yang perlu anda lakukan untuk hari itu atau hari esok. Senarai ini mestilah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran anda seperti kerja rumah yang perlu disiapkan, mata pelajaran hari ini dan esok dan kerja-kerja lain yang perlu anda lakukan.

Perlu diingatkan bahawa kelemahan mempunyai sebuah jadual waktu mingguan yang tetap sebagaimana yang dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini ialah terlalu sukar untuk melaksanakan kerana keadaan yang rigit dan tidak mengambil kira aktiviti penting semasa.

Kepentingan jadual waktu.

Bagi memberikan kesedaran dan galakankepada setiap pelajar agar melakkukan pengurusan masaberkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkastentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu.Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yangpelajar akan perolehi apabila mereka menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu pembelajaran. Antaranya ialah:

1. Dapat menilai kembali apakah yang telah mereka lakukan.
2. Dapat menilai sama ada aktiviti yang mereka lakukan itu memberikan faedah atau tidak.
3. Dapat menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum.
4. Dapat menjalankan kebanyakan aktiviti yang dirancang setiap hari.
5. Dapat melatih mendisplinkan diri pelajar dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan mereka mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna.
6. Dapat mempelbagai aktiviti yang perlu mereka lakukan. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan mereka menjadi seorang yang serba boleh.
7. Dapat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat.
8. Dapat mengelakkan amalan suka bertangguh untuk melakukan sesuatu tugas atau aktivitiyang lebih digemari dan mengabaikan pula aktiviti lain yang berguna.
9. Menyedarkan diri cara mengurus masa berkesan.
10. Dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jenis aktiviti yang akan dilakukan.

Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan jadual waktu.

Penyusunan jadual waktu yang disediakan agar mencapai tujuannya hendaklah jadual itu mempunyai ciri-ciri yang baik dan sempurna. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah;

1. Tentukan tujuan dan objektif penyediaan dan kegunaan jadual itu.
2. Fikirkan aktiviti yang anda lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif yang dinyatakan.
3. Pertimbangkan dengan sewajarnya tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebagai pelajar.
4. Berikan keutamaan kepada aktiviti yang akan dilakukan pada pagi, petang dan malam sebagai seorang pelajar.
5. Pertimbangkan jumlah masa yang perlu diperuntukkan bagi setiap aktiviti. Utamakan mata pelajaran yang dianggap susah atau kurang diminati.
6. Nyatakan jenis mata pelajaran yang perlu diulangkaji atau disediakan mengikut keutamaan atau mengikut kesesuaian anda sebagai seorang pelajar.
7. Susun mata pelajaran yang perlu diulangkaji dengan sebaiknya agar tidak mengelirukan.
8. Peruntukan jumlah masa bagi membuat tugasan seperti kerja sekolah, kerja rumah, membuat nota dan sebagainya.
9. Pelajar perlu memberikan keutamaan aktiviti yang lebih penting untuk dilaksanakan terlebih dahulu.
10. Jangan lupa masa rehat juga perlu difikirkan.

Jenis jadual waktu yang perlu disediakan.

Terdapat berbagai-bagai jenis jadual waktu yang perlu disediakan oleh seseorang pelajar, sesuai dengan tujuan mengapa mereka pergi ke sekolah. Antaranya termasuklah;

• Jadual waktu tahunan ( rancangan untuk aktiviti setahun)
• Jadual waktu mingguan ( rancangan untuk aktiviti seminggu )
• Jadual waktu harian ( rancangan untuk aktiviti setiap hari )

Masa terbuang – Sela masa.

Terdapat lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ianya boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar. Masa yang singkat-singkat ini dikenali sebagai sela masa. Antaranya ialah;
• Semasa menunggu kenderaan.
• Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
• Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari.
• Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
• Masa rehat yang berlebihan
• Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam.
• Masa antara kuliah.

Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.

• Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru.
• Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihar gambarajah dan sebagainya.
• Membaca nota kecil yang mudah dibawa.
• Berbincang dengan rakan tentang sesuatu tajuk.
• Membaca atau menyemak nota yang baru diterima.
• Sesuai untuk berbincang mengenai persatuan yang anda sertai.

Tindakan selanjutnya.

Menentukan jumlah masa dan menyediakan jadual ini merupakan perkara yang mudah dan bagi semua pelajar. Namun
apa yang selalu mendatangkan masalah kepada pelajar ialah untuk melaksanakannya dan inilah perkara yang paling besar
dan rumit dihadapi oleh pelajar. Antara cara yang boleh digunakan untuk mengatasi ialah:
• Berdoa kehadrat Allah s.w.t. agar mampu melakukannya.
• Berniat dengan bersungguh untuk melakukannya.
• Keazaman dan kesungguhan yang tinggi.
• Ketabahan dan kesabaran untuk melakukan dan berkorban.
• Sentiasa berfikir dan menyedari kesan buruk jika gagal menguruskan masa dengan baik.
• Menilai dan mengingat kembali objektif, niat dan tujuan asal membuat jadual waktu dan melakukan proses pembelajaran setiap hari.
• Elakkan suka bertangguh.
• Jika anda rasa malas, ingatkan semula matlamat dan tujuan anda belajar ke sekolah.

Menangani Stress..

Tekanan disebabkan pekerjaan merupakan interaksi kompleks di antara
persekitaran di tempat kerja, personaliti dan reaksi tubuh badan dan
mental seseorang. Persekitaran pekerjaan memberikan desakan dan tekanan
tertentu yang merangsang tindak balas individu secara mental dan
fizikal.

Tugas yang terlalu banyak, hubungan dengan rakan sekerja yang tidak
baik, ketua yang suka marah-marah dan suasana kerja yang tidak selesa
adalah contoh persekitaran kerja yang memberi tekanan negatif. Tekanan
ini seterusnya memberi impak terhadap kesihatan psikologi dan fisiologi
seseorang individu sekiranya ia tidak ditadbir dan tidak dikawal dengan
metodologi yang tepat.
Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal
tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, sentiasa rasa
bersalah, ketakutan, dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.

Kadang kala, ada dalam kalangan kita yang mencari jalan singkat dan
salah dalam mengatasi tekanan seperti ponteng kerja, melakukan masalah
disiplin di tempat kerja, merokok, meminum arak dan sebagainya.

Berlaku juga kes-kes di mana individu yang tertekan di tempat kerja
melepaskan tekanan di rumah yang mewujudkan pula masalah rumahtangga
seperti pertengkaran dengan pasangan hidup, mendera anak, dan
sebagainya.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani
tekanan kerja sebegini adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan
syariat Islam.

Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan
kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan
ketentuan Allah SWT.


Terdapat beberapa cara untuk menangani stress.

1. Tenangkan diri dengan tarik nafas dalam-dalam, dan bayangkan udara memenuhi paru-paru kita secara berperingkat-peringkat.
Cuba anda bayangkan anda sedang berada di atas pentas berhadapan dengan ramai orang. Apa yang anda rasa, tentu anda merasa stres dan gemuruh bukan. Degupan jantung anda pula berdegup dengan kencangnya dan nafas anda pula pendek. Bagi mengatasi masalah tersebut, gunakan lah teknik pernafasan untuk mengurangkan perasaan stres anda. Gambarkan paru-paru anda di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian bawah, pertengahan dan atas. Tutup mata dan bayangkan anda mengisi bahagian bawah paru-paru anda, bayangkan bahagian pertengahan paru-paru pula di isi. Kemudian bayangkan bahagian terakhir iaitu bahagian atas paru-paru anda pula di isi dengan udara. Sekarang agak-agaknya apa yang berlaku kepada anda di atas pentas. Anda tentunya akan merasa lebih tenang kerana bila udara memenuhi ruang pernafasan anda, jantung akan dapat berfungsi dengan lebih baik kerana mendapat udara yang cukup.

2. Membuat perancangan bagi setiap tugasan kita. Dahulukan mana yang utama.

3. Uji tahap tumpuan kita. Sama ada kita dapat fokus atau tak dengan satu-satu kerja. Kaji solat kita. Sebab solat berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari.
Satu lagi teknik yang baik ialah teknik meningkatkan tumpuan. Cuba anda buatkan beberapa gumpalan kertas yang kecil. Dalam jarak tertentu cuba baling dan masukkan gumpalan kertas tersebut ke dalam gelas. Masuk tak, kalau masuk maknanya anda berjaya memberi tumpuan dan otak anda telah mengarahkan tangan anda untuk fokus kepada sasaran yang dikehendaki. Kalau tak berjaya, bagaimana agaknya solat kita? Kalau tidak berjaya sebenarnya dalam solat juga kemungkinan kita tak dapat memberikan tumpuan dan fokus yang sepatutnya. Itu adalah petanda yang kita perlu semak semula solat kita. Ingatlah “Dengan Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang. Fikir-fikirlah.

4. Doa merupakan salah satu cara paling berkesan untuk menghilangkan stress. Pengucapan doa penuh ikhlas dan pasrah akhirnya menimbulkan kedamaian dan ketenteraman.

5. Bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Pilihlah orang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah yang menyebabkan tekanan kepada kamu.

Saturday, October 10, 2009

Persiapan Menghadapi 'Interview'...

Temuduga merupakan satu peluang yang sepatutnya dirancang dan diambil berat oleh setiap pelajar. Tujuan utama temuduga adalah untuk menentukan dan memilih calon yang paling sesuai. Temuduga ialah komunikasi dua hala. Ia bukan hanya satu tugas bagi pada penemuduga untuk menetukan kesesuaian calon, tetapi juga para calon harus berusaha agar mereka didapati sesuai dan seterusnya dipilih.

Temuduga boleh dikendalikan oleh seorang penemuduga ataupun oleh beberapa orang, yang dipanggil ‘panel’ temuduga. Biasanya terdapat 3 atau 5 orang dalam sesuatu panel temuduga., bergantung pada kehendak pihak yang menganjurkannya. Bagaimana ia dikendalikan, itu tidak penting. Apa yang harus diberi peringatan ialah cara anda berkelakuan, kerana itu yang akan menentukan peluang untuk anda berjaya di dalam temuduga tersebut. Anda perlu meyakinkan si penemuduga bahawa anda layak dipilih dan mempunyai segala ciri-ciri yang dikehendaki.

Calon-calon mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum menghadiri temuduga.
10 Tip Menghadapi Temuduga
1. Buat Kajian Tentang Syarikat/Majikan.
Buat kajian tentang latar belakang syarikat kerana besar kemungkinan penemuduga akan bertanya kepada anda sejauh mana anda tahu tentang syarikat mereka. Ini penting kerana ia menunjukkan sama ada kita benar benar berminat untuk berkerja di syarikat tersebut atau kita sekadar ambil mudah sahaja. Pada zaman internet ini, amat mudah untuk kita mendapatkan maklumat berkenaan syarikat syarikat tersebut melalui laman web mereka.
2. Buat Kajian Tentang Jawatan Kosong Yang Dipohon.
Pastikan anda mendalami tentang jawatan yang dipohon terutama tugas tugas utama yang perlu dilakukan apabila anda menjawat jawatan berkenaan. Sebagai contoh, jika jawatan yang dipohon ialah Pembantu Akaun, senaraikan rutin rutin tugasan yang mungkin anda akan lakukan jika diterima menjadi seorang Pembantu Akaun di syarikat tersebut. Anda mungkin tidak mengetahui kesemuanya, tetapi apa yang anda boleh lakukan ialah dengan menyenaraikan sebanyak mungkin senarai tugasan dan memilih beberapa yang anda fikirkan paling tepat.
3. Sediakan Senarai Contoh Soalan Temuduga Yang Mungkin Ditanya Kepada Anda
Banyak sumber yang ada menyediakan senarai contoh soalan temuduga yang boleh anda dapati. Salah satu daripadanya ialah dari laman web SKOR Career.
4. Berlatih Hadiri Temuduga Secara Praktikal dan Role Play.
Tiada gunanya kalau kita sekadar mengutip contoh contoh soalan temuduga jika sekiranya kita tidak mempraktikkannya secara praktikal atau role play. Role play di sini bermakna anda mencari seorang pasangan untuk memainkan peranan sebagai penemuduga, manakala anda menjadi calon pekerja. Si penemuduga ini akan bertanyakan soalan kepada anda berdasarkan kepada soalan soalan yang telah anda kumpul dan anda berlatih menjawab soalan soalan tersebut satu demi satu.
5. Cari Maklumat Tentang PenemudugaSebaik baiknya cari maklumat tentang penemuduga anda. Anda tidaklah perlu mendapatkan nama mereka, tetapi seboleh bolehnya cuba siasat apakah jawatan yang dipegang oleh si penemuduga tersebut. Ini kerana adalah penting untuk mengetahui penemuduga itu datang dari bahagian mana sama ada dari bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang berkaitan dengan jawatan anda. Ini kerana jika penemuduga datang dari bahagian Sumber Manusia, soalan yang bakal dikemukan lebih bersifat menganalisa sifat sifat seperti kemahiran berkomunisi, membuat analisa serta personaliti anda. Jika temuduga melibatkan bakal bos anda, maka soalan temuduga akan digabungkan untuk mengkaji sikap anda serta kemahiran dan pengetahuan anda dalam bidang yang diperlukan oleh jawatan yang dipohon.
6. Ambil tahu jenis temuduga yang bakal anda lalui.
Adalah penting untuk anda mengetahui jenis temuduga yang bakal anda hadiri untuk membolehkan anda membuat persediaan yang rapi dan secukupnya. Persediaan yang rapi membolehkan anda memposisikan diri anda untuk memberi kelebihan berbanding calon temuduga lain.
7. Senaraikan soalan untuk ditanya kepada majikan.
Temuduga kerja bukanlah sejenis interaksi yang hanya membenarkan majikan bertanyakan soalan kepada calon pekerja sahaja. Ia adalah 2-way street. Ini bermakna, selain daripada menjawab soalan, anda juga boleh menanyakan soalan kepada mereka. Ini penting kerana, walaupun mereka menyukai kita dan berhasrat untuk melantik kita memegang jawatan kosong yang ada, keputusan samaada untuk bersetuju berkerja dengan mereka terletak kepada kita. Jika kita mendapati syarikat tersebut tidak sesuai dengan kita berdasarkan beberapa kriteria yang tertentu, maka kita berhak untuk menolak tawaran kerja tersebut.
8. Sediakan resume serta salinan dokumen lain yang lengkap.Cukup kecewa apabila calon temuduga gagal menyediakan dokumen penting seperti resume dan juga salinan fotokopi dokumen lain seperti keputusan peperiksaan dan transkrip. Lebih mengecewakan apabila mereka gagal untuk membawa item yang diperlukan. Kadang kadang mereka datang sambil lewa membawa thumb drive yang mengandungi resume mereka dan pandai pandai pula menyuruh penemuduga untuk mencetak resume mereka. Cara ini sungguh tidak sopan dan biadap.
9. Pastikan anda tahu lokasi temuduga dan buat strategi untuk sampai awalJika pada waktu untuk bertolak ke tempat temuduga barulah anda terhegeh hegeh menyemak di mana letaknya lokasi temuduga anda, lambat laun anda akan terlambat sampai ke lokasi. Ini adalah satu lagi sikap ambil mudah yang sering kali terbawa bawa oleh calon pekerja. Jika anda tidak berapa pasti tempat tersebut, ambil usaha untuk melawati sekitar tempat tersebut sehari (atau waktu malamnya) sebelum temuduga yang sebenar.
10. Bersedia dengan kod pakaian yang sesuai.Tidak kiralah anda ini jenis punk, rock, hip hop dan sebagainya, bila tiba waktu temuduga, pastikan kod pakaian yang betul! Untuk lelaki, kemeja cerah yang bertali leher, dan seboleh bolehnya memakai kot gelap. Seluar panjang berwarna hitam atau gelap adalah sesuai, diiringi denga kasut kulit berwarna gelap dan dikilatkan. Pemakaian anda akan memberikan impresi pertama (first impression) kepada penemuduga anda, dan dalam first impression, tiada peluang kedua untuk anda, jadi pastikan anda memberi first impression yang baik.
Untuk wanita pula, sesuai memakai executive blouse berwarna gelap.
Semoga Anda Berjaya Dalam Temuduga...

Friday, October 9, 2009

Tentang Sesuatu..

Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan dan tiada bunga-bunga kebahagiaan dalam sebuah kepahitan tanpa menyemai benih-benih kesabaran serta tiada keberkatan pada sebuah kenikmatan jika tiada keikhlasan dan kesyukuran yang bertapak di jiwa insan......
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam... di atas batu hitam.... dimalam yang amat kelam.... ianya wujud, tapi amat sukar dilihat.......Jangan tertipu dengan terangnya bulan, kerana disebalik terang itu banyak kegelapannya............
Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang hodoh......kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang melukakan.....
Hidup tanpa pengorbanan adalah satu kepalsuan dan percintaan tanpa kasih sayang adalah satu pengkhianatan.................Oleh itu, abadikan kasih sayang dalam mencari erti kebahagiaan........
Orang yang bertanya dikala dia tidak tahu, adalah bodoh ketika dia bertanya......tetapi orang yang tidak bertanya itu, akan bodoh buat selama-lamanya.........
Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira....... tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira........
Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah..........makin dekat ianya datang menghampiri kita........
Kawan ibarat pasir-pasir di pantai................kawan yang setia ibarat mutiara pasir di pantai.............
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit............dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan..............
Kawan untuk bergembira mudah untuk dicari.........tetapi kawan untuk menangis, itulah yang sukar ditemui...........
Ada orang anggap kita lemah....ada pula yang menganggap kita lebih kuat daripadanya..... Tapi sekiranya kita mengaku yang kita lebih kuat daripadanya, maka di situlah kelemahan diri kita....
Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan.....ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan.............dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan..........

Sang Rama-rama...

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Minggu Yang Memenatkan...

Minggu ni macam-macam nak kena buat..


final exam xlama la..


almost 2 week..


tapi assignment tak siap-siap gakk..


ermmm...last paper work pun tak siap lagi ni..


walaupun dah lame start buat idea tu xmuncul-muncul gak..


tensionnye aku!!!